Sejarah terkini DBASE

dBase telah berubah menjadi bahasa berorentasikan objek moden yang boleh dijalankan pada Windows 32 bit. Ia boleh digunakan bagi membina pelbagai jenis applikasi termasuk applikasi web dihoskan pada pelayan Windows, applikasi pelanggan besar Windows, dan applikasi perisian tengah. dBase mampu mencapai kebanyakan enjin pangkalan data moden melalui pemacu ODBC.

dBase menampilkan IDE dengan Command Window dan Navigator, pengkompil tepat pada masa, prapemproses, pentafsir mesin maya, pemaut untuk mencipta .exe bagi aplikasi dBase, enjin masa jalanan yang boleh didapati secara percuma, dan pelbagai perkakas rekabentuk GUI dwi-cara termasuk Form Designer (Pereka Borang) , Report Designer (Pereka Laporan), Menu Designer (Pereka Menu), Label Designer (Pereka Label), Datamodule Designer (Pereka modul data), SQL Query Designer (Pereka Pertanyaan SQL), dan Table Designer (Pereka Jadual). Peralatan dwi-cara merujuk kepada keupayaan bertukar daripada menggunakan perkakas rekabentuk GUI kepada penyunting kod sumber dan sebaliknya. Perkakas lain termasuk penyunting kod sumber, pengurus projek yang memudahkan pembinaan dan penggunaan aplikasi dBase, serta penyahpepijat bersepadu.

dBASE menampilkan pengendalian pengecualian yang berstruktur dan memiliki banyak kelas bina dalam yang boleh disubkelaskan menerusi pewarisan tunggal. Terdapat kelas maya, data, dan banyak lagi kelas sokongan. Kelas maya termasuk Form, SubForm, Notebook, Container, Entryfield, RadioButton, SpinBox, ComboBox, ListBox, PushButton, Image, Grid, ScrollBar, ActiveX, Report, ReportViewer, Text, TextLabel dan banyak lagi. Kelas pangkalan data termasuk kelas Session, Database, Query, Rowset, Field, StoredProc dan Datamodule. Kelas lain termasuk File, String, Math, Array, Date, Exception, Object dan lain-lain. Objek dBase boleh disubkelaskan secara dinamik dengan menambah sifat baru pada mereka ketika dijalankan.

Versi dBASE sekarang, dBASE Plus, serasi sepenuhnya dengan versi dBASE 32 bit yang terdahulu, termasuk Visual dBASE 7.x dan dB2K. Ia separuh serasi dengan versi Windows 16 bit (dBASE for Windows 5.x dan Visual dBASE 5.x)[5] dan dengan versi DOS terdahulu (dBASE II, dBASE III, dBASE IV, dan dBASE 5).[6]